Monday, December 27, 2010

Tahukah Saudara...?


Air  Mata Nabi Adam

Tahukah  saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,  beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke  langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud  di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air  matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah  tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah  meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air  ini."

Nabi Adam  terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja  mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi  Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang  bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum  yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa  Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari  ada 24 jam.? Dalam  sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah  akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,  "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga  Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari  kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti  bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang  ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila  ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya  wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan  dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar  azan.

Yang kedua  ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang  ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap  sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala  Jengking Neraka

Di hari  kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"  berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke  barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat  Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari  lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu  keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat,  orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka  minum arak."



Iklan-iklan Solat ini tiada di Malaysia. Kenapa ye?


.Iklan galakan untuk solat ketika membeli belah di pasaraya.

.Iklan galakan untuk solat ketika berurus niaga.

.Berehat seketika bersama solat [solat penenang jiwa].

.Iklan galakan untuk solat ketika asyik dengan komputer dan online.

.Iklan galakan untuk solat ketika beriadhah atau bersukan.

'akmil ba'd as-solah'
"I'LL FINISH AFTER SOLAH" 
InsyaAllah!



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" 

[H.R.Attabrani]

Sunday, December 26, 2010

11 jenis Manusia di doa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah



Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak). 


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.




Peringatan: Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.

Friday, December 24, 2010

Kau memang Ahli Neraka?



Bismillahirrahmanirrahim.....

Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil
menangis:

Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar
hatiku.
Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat
takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk
membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar
tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari
langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?
Pemuda : MaafNYA lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa
besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah
wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku
telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari,
aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku
menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku
meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan
nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku
memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ,
tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai
pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari
pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut
oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada
ALLAH SWT dalam keadaan junub!”
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan
keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang
ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada
Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka
beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan
kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku
dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail
mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala
keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan
makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH
MENGAMPUNKANNYA.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya
bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”


Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI..selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.




Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka..wallahualam..


Facts : 5 Binatang Yang Paling Susah Dibunuh.



RANK 5 - East African Giant Snail



* Serupa seperti siput biasa, cuma menda nih bleh mencapai 8 inci panjangnya. Masyarakat Afrika Timur sudah mencuba pelbagai cara untuk membunuh menda ni, sperti membakar dan racun tetapi masih tidak berhasil.*

RANK 4 - Water Bears

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site


* Water bears adalah binatang air yg mikroskopik dan ia sangat susah dibunuh malah tidak boleh dibekukan. Menda ni bleh bertahan pada suhu -273 darjah celcius. Malahan bom nuklear pun tidak mampu mengapa-apakan menda nih. Ia boleh kembali ke bentuk kering dan semasa dibentuk ini ia kebal terhadap radiasi. Menda ni juga kebal terhadap nitrogen cair dan asam mineral.*

RANK 3 - Tree Weta

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

* Binatang yang sangat menyeramkan. Darah Tree Weta mengandungi protein istimewa yang air dibadannya tidak boleh dibekukan. Ini bererti, kiranya menda ni dibekukan sekalipun, darah dibadannya masih mengalir dan berfungsi seperti biasa. Ketika beku, otak dan hati menda ni tidak berfungsi, namun ia
 akan kembali aktif selepas ia cair. Ini membuktikan, menda ni boleh mati atau dibunuh, tetapi akan hidup semula.. Seperti zombi!*

RANK 2 - Lungfish


* Lungfish boleh hidup tanpa air selama 6 bulan. Hanya dengan sedikit air, ikan ni boleh hidup kembali.*

RANK 1 - Immortal Jellyfish


* Immortal bermakna abadi, dan ubur-ubur nih mmg seperti namanya, tidak boleh mati. Menda ni lahir dan membesar seperti biasa. Namun hidupnya tiada pengakhiran. Ia akan kembali ke bentuk polyp (bayi ubur2) dan hidupnya akan bermula semula dari awal!*

Wednesday, December 22, 2010

Cahaya Hati - Opick


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolb


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah